Isnin, 7 Jun 2010

ADA FACEBOOK????

U/P: kpd sesiapa yg ada facebook, blhlh layari 'ternakan ikan keli pulangan lumayan' untuk mgetahui ttg ternakan ikan keli...terima kasih...

Sabtu, 22 Mei 2010

jika cuaca mendung???

skrg sllu hujan, untuk pternak keli. jika cuaca mendung @ nk hujan. pternak d nasihatkan jgn bg ikan keli mknan krn nti ikan keli akn luahkan blk mknan i2...slpas hujan bhenti, barulh blh bg keli tu mkn...

Isnin, 26 April 2010

ejen di perlukan di negeri perlis

untuk pelawat blog ini, saya ingin gtaw bhawa saya perlukan ejen untuk ternakan ikan keli di negeri perlis, untuk mklumat lnjut blhlah SMS saya @ hubungi saya terus...

Ahad, 7 Mac 2010

mesin buang bulu ayam???

mesin buang bulu ayam saya juai rm1500. baru2 ni saya p antar kat customer,dia gtaw mesin tu leh buat laksa gak.saya rasa pun leh buat laksa gak cz bl buh tepung,tepung tu akan jd panjang2 ler mgikut saiz yg kita ejas.hikhik...customer tu gtaw t dia nak try buat laksa guna mesin tu.hehehe...cuci bg bersih slpas proses ayam tu.t jd laksa ayam plak.hahahaha...

2 kolam aku dah habis ikan di juai

alhmdllah...2 kolam aku dah habis ikan.sume di juai...hikhik...yg ikan besaq2 dah habis dah,kena tggu bln dpan ler nk bg yg len besaq.klu yg len besaq dah,aku rasa dh habs d juai gak cz ada knduri kt kg ni, depa borong sume.hehehe...dedak ikan pun dah bkurang,besok kn beli ler.dedak besaq xpe ler,murah ckit.murah2 pun dekat rm50 gak ler.

Sabtu, 6 Mac 2010

SELESAI 1 PROJEK...




alhmdullah pada 01/03/2010 sume siap projek ternakan keli.saya nak bg tips ckit untuk menghilangkan bau kanvas.bakal pternak keli perlu hilangkan dulu bau kanvas sblm bubuh benih dalam kolam kanvas supaya benih tu tak mati...nak bagi hilang bau kanvas tu, pternak keli perlu bubuh batang pokok pisang dalam kanvas tu.caranya,buh air dl dlm 1 kaki.pastu bubuh btg pisang selama 5 hari.pas 5 hari,buang balik air tu n ganti ngn air baru selama smggu ke untuk hlgkn bau klorin.klu guna air yg dh btakung takpe ler.

Jumaat, 19 Februari 2010

HUJUNG BULAN 2 ANTAR BENIH

pada hujung bulan 2 ni, saya akan antar benih 10000 ekoq kepada customer di kawasan naka. sepatutnya kena antaq 21/02/2010, tetapi di sebabkan ada masalah air di tapak projek, tuan rumah mintak di tangguhkan ler sampai minggu depan.insyallah jika tiada apa2 halangan, sume siap dalam bulan 2 ni...

Rabu, 17 Februari 2010

NAMPAK KEMASKAN?


bila kawasan sesuai, kolam pun akan kelihatan kemas bila di pasang.kan?polynet ni banyak jugak membantu, bila pasang jer polynet.kolam tu tak ler panas sangat bila time tengah hari...ikan pun tak ler mati...

KEPADA YANG BERMINAT...



kepada yang berminat untuk menternak ikan keli, bolehlah mhubungi saya. harga boleh di runding...jika luar kawasan kedah juga di alu2kan. tetapi mengikut t&s.hikhik...luar kawasan kedah,jika melebihi 10 kolam ke, insyallah saya hantar.

SIAP PASANG KANVAS




untuk menyiapkan projek ternakan keli ni, kami ambek masa dari pagi sampai petang. walaupun penat, tapi saya amat berpuas hati kerana projek ini berjalan dengan lancar & kemas.

ANAK TUAN RUMAH BUBUH AYAQ





lucu betoi bila melihat anak tuan rumah ni bubuh ayaq dalam kanvas menggunakan baldi.sebulan pun tak penuh.hehe...

RAMAI SAHABAT YANG DATANG TOLONG


beberapa sahabat turut turun datang untuk menolong saya untuk menyiapkan projek ternakan keli ni. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. tak lupa juga kepada pegawai KEDA zon PADANG TERAP kerana telah banyak membantu saya. terima kasih noh suma...hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik anda semua:}

KAWASAN SESUAI


kawasan di sini memang sesuai untuk ternak keli kerana tanahnya yang sama & tak terlalu panas kerana banyak pokok2 di sekitar kawasan ni.

HARI PASANG KANVAS

nampaknya cuaca mengizinkan saya menjalankan projek hari ini di tandop besaq.hari ni 4 kolam perlu di siapkan.

Ahad, 14 Februari 2010

LEPAS RAYA CINA MULA PROJEK

selamat tahun baru cina kepada rakyat malaysia. gong xi fa cai... pada 16/02/2010 insyaalah saya akan mulakan projek ternakan ikan keli ni di kuala nerang. buat permulaan customer ingin menternak dalam 4 biji kanvas dulu. saiz kanvas 15x10x3 kaki...benih insyaallah selepas seminggu saya siapkan kolam tu, baru saya antar benih kerana nak bagi bau kanvas tu hilang dulu. kalau bubuh benih pada hari yang sama, benih akan mati kerana bau kanvas tak hilang.

Sabtu, 6 Februari 2010

UNTUK PENDUDUK KAWASAN PADANG TERAP

berita baik untuk sesiapa yang tinggal di kawasan padang terap @ kuala nerang kerana sekarang ada peruntukkan ternakan ikan keli. saya bagi maklumat sikit noh. harap anda semua berjaya untuk jadi usahawan...jika sesiapa berminat untuk ternak ikan keli, sila ke pejabat KEDA kuala nerang selagi peruntukan ini ada....tepi hospital tuuuu...

Jumaat, 29 Januari 2010

MESIN BUANG BULU AYAM RM1500

jika ada sesiapa yang ternak keli secara komersial, leh le beli mesin buang bulu ayam, saya jual cuma RM1500 sahaja. jika bagi keli tu makan ayam, leh ler tempah sekarang selagi stok masih ada...

Khamis, 28 Januari 2010

MESIN PENGISAR

untuk makluman pelawat blog ni, saya ada membekalkan mesin pengisar daging ayam. harga cuma RM1200 sahaja...sebelum membeli @ tempah, pastikan kat kawasan ternakan keli tu ada letrik kerana mesin pengisar tu menggunakan tenaga elektrik... kalau takdak letrik, kena p bubuh dulu. kelebihan mesin ni ialah ia boleh tukaq-tukaq saiz daging ayam tu.hik hik...

2 KOLAM LEBIH BAGUS DARI 1 KOLAM

Jika bakal usahawan yang baru nak mulakan projek ternakan keli, saya galakkan mulakan dengan 2 set kolam @ lebih kerana jika kita mulakan dengan 1 set kolam,
1)kita tak dapat nak tahu air kolam tu ”bersih” @ tidak berbanding 2 set kolam.
2)modal lambat dapat kerana keli yang di ternak itu sikit & keli tak membesar dengan serentak.
3)kena beli bekas asing untuk asingkan keli yang membesar awal.

SAIZ KOLAM 15X5X3 LEBIH UNTUNG!


Saiz kolam 15X5X3 lebih untung berbanding saiz 10X5X3 kerana kolam 15X5X3 boleh bubuh benih banyak dari saiz 10X5X3 walaupun saiz 15X5X3 lambat nak salin ayaq. Hik hik...

BAGI HASIL TERNAKAN CEPAT MEMBESAR

Untuk bagi keli yang di ternak cepat membesar @ nak memperolehi hasil ternakan keli tu. Usahawan perlu bagi keli tu makan perut ayam @ ayam. Sebelum bagi, seeloknya bersihkan dulu @ rebus. Jika tak di rebus, air di dalam kolam cepat berbau. Bulu ayam tu buang tau. P tempah siap-siap kat ladang ayam tu. Perut ayam kat market rasa kena beli. Harga mengikut tauke ayam tu. Hik hik...

JUAL DEKAT FAMA PILIHAN TERAKHIR

Jika usahawan keli tak dapat nak cari pembeli keli, pilihan terakhir ialah jual hasil ternakan keli tu dekat fama daerah masing-masing. Untuk tahu lebih lanjut, p kat laman web fama @ p terus pejabat fama di daerah masing-masing.

KILANG?

Saya ada gak dengar kilang sardin keli nak buka dekat PERLIS & SUNGAI PETANI, tetapi tak tau la nak siap bila & adakah khabar angin tu betul @ tidak. Sapa-sapa taw tu boleh la bagi maklumat sikit.

PEMBELI PENTING

Jika kita nak buat projek, pastikan kita dah ada pembeli hasil ternakan kita tu. Pastikan juga pembeli tu melebihi seorang. Kalau depa ambek ikan keli tu secara borong lagi bagus. Walaupun murah, tapi ambek semua. Kos kita untuk ternak keli tu pun akan berkurang & kita akan dapat modal dengan cepat.

Sabtu, 23 Januari 2010

NAK DAPAT INCOME, JGN KEDEKUT DUIT

untuk bakal2 usahawan, jika anda ingin menambah pendapatan anda, anda janganlah sayang untuk mengeluarkan duit poket anda untuk membeli peralatan ternakan keli ni. insyaallah modal yang anda keluarkan akan dapat balik jika anda berusaha & bersabar untuk maju...hik hik...cayok2...

CARA NAK TAW BENIH KELI TAK SIHAT

untuk pengetahuan pengunjung blog ni, jika kita nak taw benih kita tu sihat r tak, masa kita buh dalam kolam, kita tengok benih tu timbul r aktif.klu masa kita buh tu, benih dengan aktifnya berenang, benih tu insyaallah sihat.klu benih tu timbul di permukaan air, benih tu akan mati.untuk nk kurangkan benih tu mati, buh oksigen beberapa minggu dalam kolam tu. insyaallah kurang la mati benih keli tu...bubuh daun kiambang @ kangkung pun ok gak kerana daun tu ada oksigen...

BENIH KEKURANGAN DI UTARA???

allow sume pelawat bloq nie...baru2 ni benih kat utara kekurangan ler...benih kat saya pun kurang...customer tempah pun saya kena cari kt member2 len.tp depa pun takdak gak...rasa2 ibu keli tak dapat beranak dah! hik hik...