Jumaat, 19 Februari 2010

HUJUNG BULAN 2 ANTAR BENIH

pada hujung bulan 2 ni, saya akan antar benih 10000 ekoq kepada customer di kawasan naka. sepatutnya kena antaq 21/02/2010, tetapi di sebabkan ada masalah air di tapak projek, tuan rumah mintak di tangguhkan ler sampai minggu depan.insyallah jika tiada apa2 halangan, sume siap dalam bulan 2 ni...

Rabu, 17 Februari 2010

NAMPAK KEMASKAN?


bila kawasan sesuai, kolam pun akan kelihatan kemas bila di pasang.kan?polynet ni banyak jugak membantu, bila pasang jer polynet.kolam tu tak ler panas sangat bila time tengah hari...ikan pun tak ler mati...

KEPADA YANG BERMINAT...



kepada yang berminat untuk menternak ikan keli, bolehlah mhubungi saya. harga boleh di runding...jika luar kawasan kedah juga di alu2kan. tetapi mengikut t&s.hikhik...luar kawasan kedah,jika melebihi 10 kolam ke, insyallah saya hantar.

SIAP PASANG KANVAS




untuk menyiapkan projek ternakan keli ni, kami ambek masa dari pagi sampai petang. walaupun penat, tapi saya amat berpuas hati kerana projek ini berjalan dengan lancar & kemas.

ANAK TUAN RUMAH BUBUH AYAQ





lucu betoi bila melihat anak tuan rumah ni bubuh ayaq dalam kanvas menggunakan baldi.sebulan pun tak penuh.hehe...

RAMAI SAHABAT YANG DATANG TOLONG


beberapa sahabat turut turun datang untuk menolong saya untuk menyiapkan projek ternakan keli ni. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. tak lupa juga kepada pegawai KEDA zon PADANG TERAP kerana telah banyak membantu saya. terima kasih noh suma...hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik anda semua:}

KAWASAN SESUAI


kawasan di sini memang sesuai untuk ternak keli kerana tanahnya yang sama & tak terlalu panas kerana banyak pokok2 di sekitar kawasan ni.

HARI PASANG KANVAS

nampaknya cuaca mengizinkan saya menjalankan projek hari ini di tandop besaq.hari ni 4 kolam perlu di siapkan.

Ahad, 14 Februari 2010

LEPAS RAYA CINA MULA PROJEK

selamat tahun baru cina kepada rakyat malaysia. gong xi fa cai... pada 16/02/2010 insyaalah saya akan mulakan projek ternakan ikan keli ni di kuala nerang. buat permulaan customer ingin menternak dalam 4 biji kanvas dulu. saiz kanvas 15x10x3 kaki...benih insyaallah selepas seminggu saya siapkan kolam tu, baru saya antar benih kerana nak bagi bau kanvas tu hilang dulu. kalau bubuh benih pada hari yang sama, benih akan mati kerana bau kanvas tak hilang.

Sabtu, 6 Februari 2010

UNTUK PENDUDUK KAWASAN PADANG TERAP

berita baik untuk sesiapa yang tinggal di kawasan padang terap @ kuala nerang kerana sekarang ada peruntukkan ternakan ikan keli. saya bagi maklumat sikit noh. harap anda semua berjaya untuk jadi usahawan...jika sesiapa berminat untuk ternak ikan keli, sila ke pejabat KEDA kuala nerang selagi peruntukan ini ada....tepi hospital tuuuu...