Jumaat, 29 Januari 2010

MESIN BUANG BULU AYAM RM1500

jika ada sesiapa yang ternak keli secara komersial, leh le beli mesin buang bulu ayam, saya jual cuma RM1500 sahaja. jika bagi keli tu makan ayam, leh ler tempah sekarang selagi stok masih ada...

Khamis, 28 Januari 2010

MESIN PENGISAR

untuk makluman pelawat blog ni, saya ada membekalkan mesin pengisar daging ayam. harga cuma RM1200 sahaja...sebelum membeli @ tempah, pastikan kat kawasan ternakan keli tu ada letrik kerana mesin pengisar tu menggunakan tenaga elektrik... kalau takdak letrik, kena p bubuh dulu. kelebihan mesin ni ialah ia boleh tukaq-tukaq saiz daging ayam tu.hik hik...

2 KOLAM LEBIH BAGUS DARI 1 KOLAM

Jika bakal usahawan yang baru nak mulakan projek ternakan keli, saya galakkan mulakan dengan 2 set kolam @ lebih kerana jika kita mulakan dengan 1 set kolam,
1)kita tak dapat nak tahu air kolam tu ”bersih” @ tidak berbanding 2 set kolam.
2)modal lambat dapat kerana keli yang di ternak itu sikit & keli tak membesar dengan serentak.
3)kena beli bekas asing untuk asingkan keli yang membesar awal.

SAIZ KOLAM 15X5X3 LEBIH UNTUNG!


Saiz kolam 15X5X3 lebih untung berbanding saiz 10X5X3 kerana kolam 15X5X3 boleh bubuh benih banyak dari saiz 10X5X3 walaupun saiz 15X5X3 lambat nak salin ayaq. Hik hik...

BAGI HASIL TERNAKAN CEPAT MEMBESAR

Untuk bagi keli yang di ternak cepat membesar @ nak memperolehi hasil ternakan keli tu. Usahawan perlu bagi keli tu makan perut ayam @ ayam. Sebelum bagi, seeloknya bersihkan dulu @ rebus. Jika tak di rebus, air di dalam kolam cepat berbau. Bulu ayam tu buang tau. P tempah siap-siap kat ladang ayam tu. Perut ayam kat market rasa kena beli. Harga mengikut tauke ayam tu. Hik hik...

JUAL DEKAT FAMA PILIHAN TERAKHIR

Jika usahawan keli tak dapat nak cari pembeli keli, pilihan terakhir ialah jual hasil ternakan keli tu dekat fama daerah masing-masing. Untuk tahu lebih lanjut, p kat laman web fama @ p terus pejabat fama di daerah masing-masing.

KILANG?

Saya ada gak dengar kilang sardin keli nak buka dekat PERLIS & SUNGAI PETANI, tetapi tak tau la nak siap bila & adakah khabar angin tu betul @ tidak. Sapa-sapa taw tu boleh la bagi maklumat sikit.